Terma Dan Syarat

huloor.com (laman sesawang/platform) adalah sebuah platform yang dikendalikan oleh Gerbang Sumbangan Sdn Bhd (Kami). sumbangan.com juga menghubungkan antara penganjur kempen dan penyumbang secara atas talian. Ianya diwujudkan untuk membantu Organisasi/Pertubuhan, NGO, Badan Bukan Komersial serta individu yang memerlukan sumbangan secara telus, mudah dan sistematik tanpa eksploitasi.

Dengan mengunjungi dan menggunakan platform sumbangan.com, pengunjung atau pengguna (Anda) memahami Terma dan Syarat yang dinyatakan di bawah.

Sekiranya Anda sebagai pengguna laman sesawang tidak bersetuju dengan mana-mana perkara yang dinyatakan di bawah, Anda tidak dibenarkan menggunakan laman sesawang kami.

Kami menyediakan platform untuk pengumpulan sumbangan secara atas talian daripada orang awam (online crowdfunding) kepada pengguna melalui laman sesawang ataupun melalui aplikasi telefon pintar (Mobile Apps) berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan dengan Penyelenggaraan Pengumpulan Sumbangan oleh Gerbang Sumbangan Sdn Bhd melalui platform sumbangan.com yang telah ditubuhkan.

Berkenaan dengan kebenaran untuk Penyelenggaraan Pengumpulan Sumbangan Kepada sumbangan.com untuk pecahan kepada kempen yang berdaftar.

Pihak kami berhak secara mutlak untuk mengubah suai serta menukar sebahagian atau keseluruhan kandungan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Ini bermaksud kami berhak mengubah dari semasa ke semasa melalui persetujuan dari pihak kami. Pihak kami akan memaklumkan kepada pengguna platform segala perubahan yang dilakukan melalui hebahan e-mel, media sosial dan juga melalui platform sumbangan secara terus.

Terma dan Syarat baharu akan di kuatkuasa setelah pihak kami memaklumkan kepada setiap pengguna melalui hebahan di platform, e-mel ataupun sosial media kami. Perubahan yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh perubahan undang-undang negara mengikut kesesuaian pengguna.

Pengguna sumbangan.com disarankan untuk membaca serta memahami Terma dan Syarat di bawah secara teliti kerana ini akan mempengaruhi hak dan ketentuan sebagai pengguna sumbangan.com. Soalan lazim berkenaan huloor.com boleh dibaca melalui laman sumbangan.com di bahagian Soalan Lazim.