Soalan Lazim

Umum

huloor.com adalah sebuah platform pengumpulan sumbangan yang menghubungkan antara pemohon dan penyumbang secara atas talian. Ianya diwujudkan untuk membantu organisasi/pertubuhan yang memerlukan sumbangan secara telus, mudah dan sistematik tanpa ada eksploitasi.

Kaedah pengumpulan sumbangan adalah melalui crowdfund secara atas talian. Crowdfund adalah satu bentuk pengumpulan dana daripada orang ramai.

Tidak. huloor.com hanyalah platform untuk organisasi/pertubuhan membuat kempen dan segala transaksi adalah secara atas talian sahaja.

Antara manfaat memuat kempen di huloor.com adalah organisasi/pertubuhan boleh melihat aliran transaksi setiap kempen melalui platform ini.

Selain itu, penganjur kempen juga akan mendapat manfaat-manfaat seperti berikut:

  1. Tiada Manipulasi Sistem – Rekod setiap kempen tersimpan rapi
  2. Laporan Derma Lengkap – Rekod penyumbang aliran keluar masuk.
  3. Telus Dalam Setiap Transaksi – Setiap sumbangan hanya menggunakan satu platform
  4. Kempen NGO Yang Dipercayai – Semua NGO adalah berdaftar di Malaysia secara rasmi

Berdasarkan statistik 100%:

  1. Pertama: Bermula dengan kenalan rapat. (rakan terdekat dan keluarga)
  2. Kedua: Melalui kenalan yang jauh. (rakan-rakan melalui media sosial)
  3. Ketiga: Melalui orang awam yang mendapat maklumat melalui hebahan yang telah dilakukan oleh pihak pertama & pihak kedua.

Hasil sumbangan adalah daripada orang awam dan juga bergantung kepada usaha hebahan yang dilakukan oleh pihak penganjur kempen.

huloor.com tidak mengenakan apa-apa caj pendaftaran atau caj membuat kempen di laman rasmi kami.

Namun begitu, huloor.com hanya akan mengenakan caj pengurusan platform iaitu sebanyak RM2.00 atau 5% +Billplz (RM1) bagi mana-mana yang lebih tinggi untuk setiap transaksi yang berjaya. Caj pengurusan ini akan dikenakan bagi sumbangan atas talian sahaja.

Jumlah sumbangan yang dipaparkan melalui platform merupakan jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima melalui atas talian dan masih belum ditolak caj pengurusan platform.

Seperti organisasi lain, huloor.com juga mempunyai caj operasi bulanan.

Hal ini adalah termasuk pembayaran pengurusan staf, penggunaan teknologi, infrastruktur, pembayaran kos pemasaran dan lain-lain.

Dengan modal ini kmi boleh fokus mengembangkan teknologi untuk memudahkan organisasi/pertubuhan membuat kempen dan meraih sumbangan.

Pihak huloor.com akan membuat pengesahan melalui dokumen yang dihantar semasa pendaftaran iaitu melalui semakan di portal SSM, eROS, Jabatan Pendidikan, JAWI, JAKIM dengan mengikut dokumen sokongan yang dikepilkan oleh pihak pemohon.

Setiap tahun Huloor PLT akan diaudit oleh syarikat yang telah dilantik melalui badan perakaunan negara.

Akaun huloor.com adalah profil anda yang telah didaftarkan dalam sistem kami.

Dengan memiliki akaun, anda boleh mengakses ke laman web dan menggunakan ciri-ciri laman seperti membuat kempen, melihat rekod transaksi sumbangan dan menyumbang.

Tidak. Anda boleh menyumbang tanpa memiliki, namun begitu, pihak kami menggalakkan anda untuk mendaftar dan bersama-sama komuniti penyumbang.

Pengguna boleh mengakses ke huloor.com dan klik pada bahagian daftar untuk mendaftar. 

 

NGO atau Organisasi yang ingin membuat kempen perlu mendaftar di dalam sistem sebagai “Permohonan Kempen” sepertimana borang yang telah disediakan.