Caj Platform

Assalamualaikum Para Pelawat,
Kami wujudkan huloor.com (platform pengumpulan dana kebajikan) dengan visi untuk menjadi Platform Bantuan No.1 Anda. Kami sedaya upaya menerapkan sifat mengutamakan ganjaran akhirat berbanding dunia dalam usaha yang kami lakukan. Semoga niat baik kita semua dipermudahkan Allah SWT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah melalui huloor.com ratusan ribu anggota masyarakat telah dibantu oleh NGO yang menggunakan platform ini. Antara yang menerima manfaat adalah dari kalangan mereka yang ditimpa musibah bencana alam, masalah kesihatan, asnaf, anak yatim serta penuntut ilmu.

Kepada Para Penyumbang
Platform sumbangan.com ini PERCUMA untuk anda. Sumbangan yang anda berikan tidak dikenakan caj tambahan. Sila manfaatkan segala kelebihan yang ada di huloor.com. Kami galakkan anda untuk mendaftar akaun pengguna untuk menikmati segala kelebihan yang disediakan. Bantu kami untuk kongsikan kemudahan platform kepada rakan-rakan anda.

Kepada Penganjur Kempen
Untuk menyediakan platform ini, sudah tentu ada kos pembangunan, penyelenggaraan, pemasaran, pengiklanan serta operasi. Kami mengenakan RM2 atau 5% (yang mana lebih tinggi) bagi caj gerbang pembayaran + kos billplz RM1 untuk transaksi yang berjaya. Ya, hanya itu sahaja. tiada caj pendaftaran, tiada caj pembukaan kempen, tiada caj komitmen atau sebarang caj tersembunyi. Kami juga dalam usaha untuk mengurangkan caj per transaksi kepada kadar tetap yang minima. Untuk mencapai sasaran tersebut, kami perlu mencapai lebih banyak transaksi di platform ini.

Terima kasih diatas sokongan anda semoga segala usaha baik kita diterima Allah SWT.